1 MURID 1 SUKAN
PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
1.0 PENGENALAN
Dasar
1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan
dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan
menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah
selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan
masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua
strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti
sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah
terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan
Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh
pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan
adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia
yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan
hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.
2.0 MATLAMAT
Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk,
2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2.2
Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
3.0 OBJEKTIF
Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani.
3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum.
3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
4.0 KONSEP
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmon is dari SGyi intelek, rohani, emosi dan jasmani
(JERI). Ke arah ini, konsep Dasar 1 M1 S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
4.1 Memberi
akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan
dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
5.0 SURAT SIARAN YANG BERKAITAN
5.1 Kebenaran
khas kepada guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) memakai pakaian rasmi sukan
sepanjang hari berkenaan
(Rujukan KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010).
5.2 Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun (Rujukan KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010).
5.3 Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas dan surat-surat siaran berkaitan hendaklah digunapakai.
6.0 PRINSIP PELAKSANAAN
Pe!aksanaan Dasar fM1 S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:
6.1 Setiap
murid termasuk Murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya
satu jenis sukan. Dasar 1 M1 S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
6.2 Murid
boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan
persetujuan pihak sekolah;.
6.3 Asas
kepada 1 M 1 S adaiah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata
pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S.
6.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.
6.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
6.6 Ibu bapa dan agensi luarl rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
6.7 Setiap
sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan
sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi
penyertaan aktif setiap murid.
7.0 PENDEKATAN PELAKSANA-J\N
Bagi
memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1 M1 S, setiap sekolah mempunyai
pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan
sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1 M1 S adalah berdasarkan kepada
pendekatan berikut:
7.1 Aktiviti
sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif
dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan
yang ditawarkan di bawah 1 M1 S
hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
7.2 Aktiviti
sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti
rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang
didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti
teras sukan di sekolah.
7.3 Pihak
sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas,
rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam
kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan
aktiviti 1M1S.
8.0 PENILAIAN
8.1 Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:
• Kehadiran;
• Jawatan Serta Sumbangan;
• Penglibatan; dan
• Pencapaian.
•
8.2 Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.
9.0 PERSEDIAAN SETIAP AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN
Sekolah hendaklah:
9.1 Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal pertama persekolahan,
9.2 Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktiviti sukan sekolah untuk sepanjang tahun,
9.3 Mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di Sekolah,
9.4 Mendaftar dan mengagihkan setiap murid mengikut rumah sukan dan kelab sukan, dan
9.5 Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S.
Lampiran B
No comments:
Post a Comment