Saturday 3 March 2012

Murid 1Sukan Bakal Jadi Penggerak Perpaduan Di Sekolah

Kementerian Pelajaran (KPM) akan memastikan dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) yang diperkenalkan pada tahun depan akan menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin berkata telah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, dengan menceburi bidang sukan, akan dapat memupuk semangat setiakawan dan berpasukan di samping mampu melahirkan atlit yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ketika merasmikan penutupan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan di di Kampung Raja kelmarin, beliau berkata dasar 1M1S itu adalah merupakan serampang dua mata kerajaan dalam pembangunan negara pada masa akan datang.

Katanya, untuk itu kementerian akan melaksanakan enam elemen strategi bagi menjayakan dasar 1M1S mulai 2012 sebagai melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Enam strategi tersebut ialah menyediakan bantuan kewangan sukan kepada sekolah, mewajibkan pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan dan mengenalpasti program sukan sekolah yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun.

Selain itu, penubuhan bahagian sukan di sekolah-sekolah, memasukkan elemen sukan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan penetapan lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang akan melatih guru sukan.

Asariah seterusnya memberitahu dengan wujudnya dasar 1M1S ini maka lengkaplah skop pembangunan sukan di sekolah kerana Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) yang khusus bagi membangunkan atlit sekolah sememangnya telah dilaksanakan sejak Julai 2008 lagi.

Beliau berharap lebih banyak persidangan mengenai pembangunan sukan sekolah diadakan pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada para guru sukan menambah ilmu dan maklumat dalam melaksanakan program di sekolah.

No comments:

Post a Comment