Kementerian
Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan
(1 M 1 S) dilaksanakan di semua sekolah KPM mulai tahun 2011.
Arahan
kepada semua sekolah KPM telah dikeluarkan melalui 'SURAT PEKELILING
IKHTISAS BILANGAN 16, TAHUN 2010: PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU
SUKAN (1M1S)'.
Surat pekeliling ini boleh dimuat turun melalui
Laman Web Rasmi Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran
Malaysia iaitu bpi.edu.my atau melalui pautan bpi.edu.my/media/download
dokumen/pekeliling
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan
sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat
sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah
sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan
kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang
berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program
Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain
yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian,
penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu
landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan
bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam
mendokong semangat 1 Malaysia.
No comments:
Post a Comment